Sharing is Caring
Share on facebook
Facebook
Share on pinterest
Pinterest
Share on twitter
Twitter

RUMAWIP - RESIDENSI WILAYAH

RUMAWIP ni dulu dikenali sebagai Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Federal Territories Affordable Housing Project), tapi sekarang dah beroperasi di bawah projek Residensi Wilayah.

RUMAWIP, atau nama barunya Residensi Wilayah, adalah inisiatif kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik pada pembeli rumah pertama.

Rumawip - residensi wilayah Homes: Not Just A Roof Over Your Head

The Rumawip – Residensi Wilayah affordable housing was introduced to provide affordable housing to Kuala Lumpur & Putrajaya residents. To further spur property-ownership of Kuala Lumpur residents under the Rumawip – Residensi Wilayah initiative, additional schemes have been introduced. These schemes are in line with the state government’s “house owning democracy” concept, with particular focus on lower to middle income group KL people buying their first homes.

JIKA ANDA BERMINAT DENGAN RUMAWIP - RESIDENSI WILAYAH, SILA DAFTAR​

Shape

Siapa Yang Layak Untuk RUMAWIP?

RUMAWIP Kelayakan

RUMAWIP adalah inisiatif projek perumahan yang menyediakan rumah mampu milik di sekitar Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Kelayakan bergantung pada status keutamaan, dengan syarat-syarat kat bawah ni:

  • Berumur lebih dari 21 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk lahir, kerja, atau tinggal di Wilayah Persekutuan
  • Keutamaan untuk mereka yang belum ada rumah
  • Pendapatan individu tak lebih dari RM10,000 sebulan
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM15,000
  • Satu permohonan RUMAWIP saja untuk setiap isi rumah

Macam Mana Nak Mohon Untuk Rumawip - Residensi Wilayah?

rumawip residensi wilayah

Langkah pertama adalah kena semak jika anda layak atau tak.

Katakan anda dah memenuhi keperluan residensi, tempat kerja, atau tempat lahir, dan had pendapatan pun dah kena, maknanya halangan pertama untuk mendapatkan RUMAWIP tu dah berjaya ditempuh dengan jayanya!

Okay, sekarang masa untuk daftar dan mohon skim tersebut di portal online RUMAWIP untuk mencari rumah RUMAWIP anda.

Kat situ, boleh la jenguk-jenguk semua projek yang ada, jadi dapat tengok jenis hartanah dan lokasi yang anda berkenan.

Kalau anda daftar untuk skim yang belum lagi dibuka untuk permohonan, nanti anda akan dapat emel bila permohonan tu dah dibuka.

Banyak gak la dokumen yang diperlukan untuk anda buktikan kelayakan dan nak mohon untuk projek RUMAWIP ni. Pastikan ada semua dokumen di bawah ni ya:

  • Borang Permohonan
  • Surat Sumpah
  • Bukti Kad Identiti Pemohon
  • Sijil Nikah (jika berkenaan)
  • Slip Gaji atau Penyata Bank
  • Bil Utiliti (bukti alamat)
  • Salinan Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk hartanah sedia ade (jika berkenaan)
 

Mungkin ada lagi dokumen lain yang diperlukan, tapi yang tu bergantung kepada situasi setiap individu yang memohon.

Yang ni boleh semak dengan badan berkenaan masa hantar permohonan untuk pastikan yang anda dah sertakan semua kertas kerja yang diperlukan.

Setiap hartanah diurus oleh badan yang berlainan, jadi dokumen anda tak dihantar terus kepada pusat agensi.

Anda juga kena periksa dulu dengan pengurus atau pemaju hartanah untuk hartanah yang berkenaan untuk pastikan anda sertakan butiran yang betul.

Pembahagian unit hartanah pula dibuat secara pengundian yang dibuat pada masa tertentu dan semua pemohon kena hadir, atau boleh juge melantik proksi untuk mewakilkan anda menggunakan “Surat Perlantikan Proxi”.

Pengundian ni berbeza ikut pemaju, tapi macam mana pun, memang kena bayar deposit 10% daripada harga rumah kalau berjaya.

Yang ni boleh semak dengan badan berkenaan masa hantar permohonan untuk pastikan yang anda dah sertakan semua kertas kerja yang diperlukan.

Setiap hartanah diurus oleh badan yang berlainan, jadi dokumen anda tak dihantar terus kepada pusat agensi.

Anda juga kena periksa dulu dengan pengurus atau pemaju hartanah untuk hartanah yang berkenaan untuk pastikan anda sertakan butiran yang betul.

Pembahagian unit hartanah pula dibuat secara pengundian yang dibuat pada masa tertentu dan semua pemohon kena hadir, atau boleh juge melantik proksi untuk mewakilkan anda menggunakan “Surat Perlantikan Proxi”.

Pengundian ni berbeza ikut pemaju, tapi macam mana pun, memang kena bayar deposit 10% daripada harga rumah kalau berjaya.

FAQ

Apa Lagi Yang Nak Kena Tahu Tentang Rumawip Residense Wilayah?

Memang boleh. Tak semestinye orang muda je boleh mohon untuk RUMAWIP ni. Kalau yang dah pencen, pun boleh mohon mengikut terma dan syarat.

Yang ni bergantung pade setiap pemaju. Kalau untuk pembangunan yang ramai orang minta, mungkin anda kena cabut nombor unit secara rawak, baru boleh pilih unit dan buat keputusan nak ke tak nak.

Selepas tu dah tak boleh cabut nombor lain lagi. Kalau untuk pembangunan yang permintaan tak tinggi, anda mungkin ada peluang untuk pilih mana-mana unit.

Kalau anda ada halangan untuk pergi masa hari pengundian tu, boleh gunakan “Surat Perlantikan Proxi” untuk wakil anda. Di bawah ni, kami sediakan contoh surat tu.

Dalam keadaan tertentu, anda boleh sewakan hartanah RUMAWIP kepada orang lain. Boleh semak terma dan syarat di laman web RUMAWIP untuk maklumat lanjut.

Ya, memang boleh! Tuan rumah boleh ‘upgrade’ kepada unit lebih besar. Tapi, harga jualan unit terdahulu akan dihadkan mengikut terma dan syarat dari pemaju.

Terhad kepada maksimum 3 permohonan je untuk setiap pemohon pada bila-bila masa.

Selagi permohonan tu belum disemak oleh pegawai pemaju atau RUMAWIP, anda masih boleh menamatkannya.

Tapi, jika permohonan tu dah disemak, kenalah emel ke [email protected] Dalam e-mel tu, perlu juga letak maklumat ni:

  • Nama penuh
  • Nombor Kad Pengenalan (IC)
  • Projek yang nak batal
  • Sebab pembatalan

 

Tunggu! Jika anda dah terima surat tawaran untuk projek RUMAWIP, dan masih lagi nak membatalkan tawaran tu, anda kena hantar surat bersama dengan alasan untuk pembatalan.

Lepas tu, nama akan diletakkan dalam senarai hitam dan tak dapat mohon mana-mana projek RUMAWIP lain untuk 12 bulan akan datang selepas pembatalan, jadi pilihlah dengan bijak!

Selamat mencari dan semoga berjaya!